ROADTRIP: ALOR SETAR – PAK BARA – KOH LIPE PART 2

Assalamualaikum. Sambung balik tentang roadtrip Alor Setar – Pak Bara – Koh Lipe  untuk hari ke-2. Pada pagi hari ke-2 kami checkout motel jam 9.00pagi (selepas breakfast maggi dan roti yang dibawa) untuk terus ke Jeti Pak Bara. Perjalanan dari Pekan Satun ke Jeti Pak Bara lebih kurang 60km mengikut google maps yang mengambil masa lebih kurang 40minit. Keadaan jalanraya yang lebar dan selesa membuatkan perjalanan kami terasa sangat lancar.

Setibanya di Jeti Pak Bara kami terus ke kuanter tiket yang terletak di tepi jalan sebelum ’roundabout’. Alhamdulillah travel agensi disini menyediakan tempat pakring kereta yang selamat dan berbumbung. Kos untuk simpanan kereta sehari 5bhatt. Ok la…janji selamat dan dekat. Lebih kurang 300meter ke jeti. Selesai urusan membeli tiket kami terus menuju ke jeti kerana feri akan bergerak pada bila bila masa sahaja. Oh ya…tiket ke Koh Lipe dijual pergi dan balik. Jadi anda boleh pilih tarikh  perjalanan balik anda. Sehari hanya 2 kali sahaja operasi feri ke Koh Lipe ni. Pertama pada jam 11.45pagi (waktu thailand) dan kedua pada jam 3.30ptg (waktu Thailand). Jadi anda boleh rancang perjalanan anda awal-awal. Kos tiket ke Koh Lipe 800bhatt untk perjalanan pergi balik. Harga asal 1250bhatt, boleh nego lagi harga tiket ni.  Untuk memasuki jeti anda dikenakan cukai jeti sebanyak 2bhatt seorang.

Perjalanan ke Koh Lipe mengambil masa lebihkurang 2 jam dengan feri besar seperti feri ke Langkawi. Sangat selesa dan jika anda menggunakan simkad telco dari Thailand, anda akan mendapat liputan internet sehingga ke Koh Lipe. Menariknya feri ini, kerana ia akan berhenti di beberapa tempat seperti pinggir pulau untuk para pelancong mengambil gambar dan menikmati keindahan pulau-pulau di sekitar Laut Andaman. Feri ini sebenarnya tidak sampai terus ke pantai  Koh Lipe ni, untuk menjaga batu karang dan mengurangkan pencemaran (disini mereka amat menitik beratkan tentang perkara ini) feri-feri besar dari luar tidak dibenarkan untuk merapati pulau, mereka membina poonton (pelantar terapung) iaitu tempat transit untuk ke pantai Koh Lipe. Jadi, anda terpaksa turun di poonton ini dan menaiki Long Tail Boat untuk ke Pantai Koh Lipe. Servis poonton ini tidak percuma, anda harus membayar 2bhatt seorang untuk servis poonton dan 5bhatt untuk transit long tail boat ke pantai Koh Lipe. Memang bijak strategi perlancongan negera Thailand ini. Penduduk-penduduk tempatan sama-sama mendapat peluang pekerjaan dengan industri pelancongan tempat mereka.

Sunset Beach, Koh Lipe Thailand

Walking Street, Koh Lipe Thailand
Walking Street, Koh Lipe Thailand
Night Live by The Beach, Bung Roon Halal Food
Night Live by The Beach, Bung Roon Halal Food

Kos Hari Kedua:
Parking Kereta: 10bhatt (dikira 2 hari)
Feri ke Koh Lipe: 800bhatt
Cukai Jeti: 2bhatt seorang
Cukai poonton: 2bhatt seorang
Transit Long Tail Bot: 5bhatt seorang

bersambung  ROADTRIP: ALOR SETAR – PAK BARA – KOH LIPE PART 3…..

©Ahmad Aki | Ahmad Aki Photography All rights retained – no copying, displaying on the internet, printing or other manipulation, editing or processing permitted without prior, written permission | please contact 019.5636468 or email picturesyndicate@yahoo.com

One thought on “ROADTRIP: ALOR SETAR – PAK BARA – KOH LIPE PART 2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s