Roadtrip: Alor Setar – Pak Bara – Koh Lipe Part 1

Assalamualaikum. Lama tak update blog. Roadtrip ni sebenarnya dibuat pada cuti sekolah penghujung tahun 2013 yang lalu, namun atas kesibukan kerja tak sempat nak update story tentang roadtrip ni. Roadtrip kali ni kami pergi berempat. Seperti biasa budget menjadi perkara utama. Budget untuk 4 orang kami tetapkan rm1500 (seorang rm375) untuk 3 hari 2 malam. Memandangkan tarikh yang kami pergi cuti sekolah (super peak season) kami menjangkakan kos kami akan meningkat, jadi persediaan bekalan makanan kami bawa dari rumah seperti nescafe, gula, megi, roti dan sardin.

Kami bermula dengan menempah resort melalui agoda. Kami menempah Gecko Lipe Resort. Agak mahal resort ini, rm350 untuk 2 ‘pondok’ semalam. Sebenarnya walk in lebih murah. Anda boleh dapatkan resort yang seperti Gecko Lipe ni dengan harga rm40-rm60 se’pondok’. Menyesal tak sudah… tapi apa nak buat benda dah jadi :p.

Gecko Lipe Resort
Gecko Lipe Resort

Hari Pertama: Perjalanan kami bermula hari Khamis 20 Disember 2013 agak lewat. Lebih kurang jam 6 petang baru kami bertolak dari Alor Setar. Pertukaran ringgit ke bhatt kami buat di Free Duty Changloon. Plan asal nak ke masuk melalui Wang Kelian, nasib kami sempat bertanya tentang waktu keluar masuk border. Casher money changer nasihatkan kami untuk masuk melalui Bukit Kayu Hitam memandangkan border Wang Kelian sudah tutup pada jam 6.00 petang, Padang Besar 7.00 ptg. Jadi terpaksalah kami menempuhi jarak perjalanan yang lebih jauh (176km dari border)…kalau dari Wang Kelian lebih kurang 84km sahaja untuk ke Pak Bara. Melepasi border Bkt Kayu Hitam, kami singgah makan dahulu di Pekan Danok. Suyrga makanan pedas…dah sampai sini wajib singgah makan.

Selepas puas makan, jam 9.00 malam kami bertolak dari Danok untuk terus ke Pak Bara (plan asal). Kami terpaksa melalui pinggir Hadyai untuk mendapatkan menuju ke Satun sebelum ke Pak Bara. Jalanraya memang selesa. Walaupon jarang-jarang berjumpa dengan kereta/motor tapi kami rasa selamat disebabkan lampu jalan sentiasa menemani kami. Perjalanan kami banyak dibantu oleh maps dari handphone sahaja. Alhamdulillah kami tak sesat🙂. Semakin lama drive, semakin mengantuk pula rasanya. Ahli-ahli komplot lain sudah ‘sampai’ ke Koh Lipe dalam mimpi. Selepas perbincangan ringkas kami membuat keputusan untuk bermalam di Satun. Kami bermalam di sebuah motel yang pernah kami singgah sebelum ni di pinggir bandar Satun. Harganya boleh tahan…rm30 semalam. Sangat selesa!

Motel Budget di Satun
Motel Budget di Satun

Kos Hari Pertama:
Minyak: Rm70.00
Tol: rm2.00 (dai Alor Seta Utara)
Motel di Satun: Rm30 x2 = rm60.00
Makan di Danok: rm35.00
TOTAL: RM167.00

Booking Resort di Koh Lipe untuk 1 malam: rm350.00 (2 resort)<—– booking 2 hari sebelum

Bersambung…

3 thoughts on “Roadtrip: Alor Setar – Pak Bara – Koh Lipe Part 1

  1. Assalamualaikum En Ahmad Aki & Isteri, Pakcik ucapkan ribuan terima kasih diatas perancangan dan pelaksanaan percutian tuan, & Pakcik mohon izin menggunakan Guide tuan ini. Terima kasih. Saya & isteri serta keluarga bercadang bercuti dalam Disember 2015 ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s