Tips Ringkas Ke Krabi, Thailand

Ao Nang Beach

Maya Bay
Maya Bay
Bamboo Island
Bamboo Island

TRIP ALOR STAR – KRABI, THAILAND
– 367  kilometer
– 5 Jam 30 minit dari pintu sempadan ke Krabi Town
– Minyak dari Changloon RM70, Balik RM100 (Minyak Siam)
– Singgah makan di Ratthapun & Khlong Thom (Simpang Ke Ko Lanta)
– Map Alor Setar – Krabi <—- Klik sini
Travel Check List <—- Klik sini

Hotel/Resort
– Hotel Suwanna (RM60 – RM150) – KRABI TOWN |
–  Krabi Nature View Guesthouse (RM40) – KRABI TOWN | 075-624037
– Cashew Nut Bungalow (RM40 – RM80) – AO NANG |
– Noppharat Resort (RM80 – RM180) | AO NANG
– Sripet Hotel (RM120 – RM230) | KRABI TOWN
– Ao Nang Orchid (RM90 – 180) | AO NANG
– Princeville (RM110 – RM330) | AO NANG
– Sand Sea (RM80 – RM150) | AO NANG
– Sunrise Tropical Resort (RM120 – RM180) | AO NANG

Harga hotel/resort ini bergantung kepada musim kedatangan pelancong. Selalunya antara Oktober hingga Februari harganya mahal sedikit dari bulan-bulan lain.

Island Hoping/Phi -Phi Island
– Phi Phi Island (6 Island) | RM80 – RM130 | BARRACUDA TOUR (Speedboat)
– Four Island | RM40 – RM70 | BARRACUDA TOUR (Long Tail Boat)
– Four Island | RM90 – RM150 | BARRACUDA TOUR (Speedboat)
– Elephant Tracking | RM100 – RM130 | BARRACUDA TOUAR
– Emerald Pool/Hot Spring | RM100 – RM130 | BARRACUDA TOUR
– Tiket masuk ke Emerald Pool
– Dewasa RM20
– Kanak -kanak RM10

Phi-Phi Island ni antara yang paling best dan wajib pergi. Mengambil masa perjalanan selama 45 minit dari Ao nang Beach. Pulau yang paling cantik Bamboo island. Kat sana bebas untuk mandi atau jalan-jalan selama 45 minit. Air sangat jernih dan permandangan sangat cantik. Maya Bay tempat berlakon cerita James bond. Pantainya cantik, tapi terlalu ramai orang dan sukar untuk mandi manda. Kedudukan pantai ini dikelilingan pulau membuatkan ia bebas dari ombak. Tempat-tempat lain kita di bawa untuk snokering, tapi jaga-jaga dengan landak laut. Jangan pijak sebarangan. Tempat terakhir kita di bawa untk makan di Phi Phi Island. Biasa-biasa saja sini… Masa tak cukup untuk jalan-jalan disini.

Four Island agak murah berbanding Phi Phi lsland disebabkan jarak ke pulau-pulau ini berhampiran tanah besar. Biasa-biasa saja sini, cuma kalau nak rasa naik Long Tail Boat boleh la try. Permandangan cantik dan menarik untuk bergambar. Kejernihan air tak boleh lawah Phi Phi Island. Mungkin disebabkan Phi Phi Island ini terletak jauh di tengah Laut Andaman.

Emerald Pool/Hot Spring  agak menarik, tapi kalau pergi dengan travel agensi saya yakin anda tidak akan puas disebabkan jadual yang ketat dan terlalu ramai membuatkan kita sukar untuk mandi manda. Kepada sesiapa yang memandu disarankan pergi awal pagi sebab pada pukul 11.00AM pelancong-pelancong dah mula datang. Sangat ramai membuatkan anda rimas dan tak selasa untuk mandi dan menjaga barang-barang peribadi. Berbaloi dan save jika pergi sendiri. Tiket masuk ke Emerald Pool Dewasa RM20, Kanak-kanak RM10. Bawa bekal makanan jika ingin ke sana sebab perjalan pergi dan balik ke Emerald Pool agak sukar mencari kedai makanan halal. Perjalanan dari Ao Nang ke Emerald Pool mengambil masa selama 1 Jam.

sebarang pertanyaan boleh email: picturesyndicate@yahoo.com

One thought on “Tips Ringkas Ke Krabi, Thailand

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s