Roadtrip: Emerald Pool – Floating Market Part II

Assalamualaikum, sorry agak bz sikit sekarang ni. Nak sambung share roadtrip yang lepas, Roadtrip: Emerald Pool – Floating Market (partII).

Hari ke-3 di Krabi kami mengambil keputusan untuk pulang. Tapi sebelum pulang hajat utama untuk ke Emerald Pool mesti ditunaikan. Kami bertanya arah jalan ke Emerald Pool pada orang tempatan di Noppharat Resort. Agak susah sebab dalam map yang ada d isana tidak sebut pula emerald pool, jadi dari lokasi di map ianya di dalam daerah Khong Thom, lebih kurang 60km dari Ao Nang. Di bawah kami sediakan map ringkas.

Map Ke Emarld Pool, Khlong Thom
Map Ke Emarld Pool, Khlong Thom

Untuk ke Emerald Pool ni disarankan untuk datang awal pagi bila hari minggu sebab bilangan pengunjung memang ramai menjelang tengah hari. Takut tak puas mandi. Makanan tidak dibenarkan di bawa masuk, jadi sebelum ke sana makan siap-siap. Sepanjang jalan ke Emerald Pool ni jugak memang tiada langsung gerai muslim untuk kita singgah makan, jadi sebelum ke sana spare bekal makanan atau roti untuk mengalas perus selepas mandi manda. Gerai-gerai di situ hampir keseluruhan tidak halal.

Berjalan sepanjang 800m ke dalam emarald pool memang nyaman, dengan hutan tebal dan track tanah merah. Pelancong dari eropah memang suka suasana ‘ori’ macam ni. Tak seperti di Malaysia yang kebiasaanya pihak berkuasa tempatan akan menyediakan laluan berturap untuk ke tempat peranginan macam ni. Maknanya kalau hari hujan memang berselutlah laluan ke emerald pool ni. Setelah penat berjalan sambil ditemani deruan air yang mengalir, pandangan kami tiba-tiba terpaku dengan kejernihan air yang mengalir di celah-celah pokok beberapa meter dari kolam utama. Macam tak percaya masih ada sungai sebersih ini. Jika di Malaysia memang susah nak cari sungai/mata air asal macam ni. Hampir sejam kami berendam di kolam utama.

Kolam Utama Emerald Pool
Kolam Utama Emerald Pool
Emerald Pool / Blue Pool
Emerald Pool / Blue Pool

Selepas puas berendam kami terus pulang dengan rasa puas dan kagum dengan keindahan emerald pool yang sebelum ini hanya di lihat di youtube sahaja. Dalam perjalanan pulakng kami singgah di Hatyai untuk makan dan berjalan-jalan di Floating Market. Untuk ke Floating Market ini kami mengunankan perkhidmatan tut-tut memandangkan jalan ke Floating Market ni agak mengelirukan. Kami meletak kereta di Florida Hotel dan menaiki tut-tut ke beberapa tempat sebelum ke Floating Market. Bayaran tut-tut untuk kesana kebiasaanya 20bhat (rm2) seorang. Memandangkan hari sudah senja dan memikirkan keselamatan kereta di hotel, kami menyewa tut-tut untuk kami kesana dan tunggu sehingga kami selesai membeli belah. Bayaran yang dikenakan 500bhat (rm50).

Floating Market, Hatyai
Floating Market, Hatyai

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s