Roadtrip: Emerald Pool – Floating Market

Night View at Noppharat Resort , Ao Nang

Assalamualaikum, road trip kali ni masih ke Krabi lagi. Kenapa Krabi lagi? Sebab dalam 2 trip sebelum ni belum sempat singah ke Emerald Pool lagi. Banyak sangat halangan, silap jalan lah, cari tak jumpa lah, masa tak cukup lah…. macam-macam jadinya. So, roadtrip kali ni dibuat khas untuk ke Emerald Pool! Mulanya kami set untuk pergi berlima (bersama 2 kawan) yang lagi 3 orang tu Saya, Wife dan Adik Ipar. Last-last minit depa tak jadi pergi sebab ada hal yang tak boleh dielakan. Maka bertiga lagi la kali ni.

Preparation sederhana dengan budget rm1000 untuk 3 orang. Persipan dokumen dan barang-barang ke sana tak perlu pesan dah sebab wife makin mahir print surat-surat dan sedia dokumen yang perlu dibawa. Minyak kereta dari Bukit Kayu Hitam diisi rm60 (penuh) seperti dijangka akan tinggal 3 bar sahaja bila sampai di Krabi (Ao Nang) dan kami perlu isi lagi 1000bhat untuk pulang ke Malaysia.

Bertolak dari Alor Setar
Kami bertolak jam 10.00am dari rumah, singgah makan di Changloon dan terus ke Bukit Kayu Hitam. Berbaris panjang juga sebab ramai rakyat Malaysia nak ke Thailand.  Hampir sejam berurusan dengan Kastam Malaysia/Thailand kami terus bergerak ke pit stop pertama stesyen minyak di Rattaphum singgah online dan buang air. Bersambung perjalanan dengan santai sehinggalah kami tiba di daerah Wang Wiset bersempadan dengan Krabi. Malangnya signboard Emerald Pool masih belum jumpa. Beberapa kali berhenti tanya orang masih tiada siapa yang tahu di mana Emerald Pool. Agak pelik juga sebab Emerald Pool ni kawasan yang agak fames di kalangan pelancong atau pun penduduk tempatan. Kami mengambil keputusan untuk terus ke Krabi dan bermalam di sana memandangkan jam sudah 5.30pm.

Berkelah di pantai ao nang

Berkelah!

Sampai di Pantai Ao Nang
Kami tiba tepat jam 6.30pm di pantai Ao Nang. Mengambil keputusan untuk makan dulu sebelum mencari chalet atau resort yang murah-murah. Kami makan di gerai seafood tepi jalan, tikar disediakan untuk kami makan di tepi pantai. Konsep makan di gerai tepi pantai disini memang macam ni… takdak kerusi meja. Konsep berkelah! Harga makanan di sini agak murah. Set makanan kami ketam goreng 3 ekor + Tom Yam Seafood + Somtam + Nasi putih 3 + Air Fanta = 380bhat bersamaan rm38.00 sahaja!

Noppharat Resort
Noppharat Resort, Ao Nang semalam 800bhat
Permandangan Malam di Noppharat Resort
Permandangan Malam di Noppharat Resort
Suasana dalam dalam Noppharat Resort
Suasana dalam dalam Noppharat Resort

Noppharat Resort
Selepas makan petang kami terus terus mencari tempat tinggal. Budget kami mencari resort/chalet bawah rm100 dan berhampiran dengan pantai Ao Nang. Memandangkan sebelum ini kami sudah sampai di kawasan ini, maka tak susah sangat untuk kami mencari tempat tinggal. Singgahan pertama di Noppharat Resort memang berbaloi sebab kami ditawarkan dengan harga 800bhatt (rm80.00) semalam. Selepas check kemudahan apa yang di sediakan, kami terus membuat tempahan. Noppharat Resort menyediakan wifi, swimming pool, restorans disamping kemudahan dalam bilik yang amat selesa. Coverage wifi sampai ke dalam bilik, tv dengan channel yang banyak, aircond, peti ais, locker simpan barang. Suasananya yang ala-ala kampung memang best untuk kita rehat rehat. Pada malam tu kami berjalan jalan window shopping di tepi pantai Ao Nang sambil survay trip ke pulau-pulau.

Poda Island
4 Island dengan Long Tail Boat
Target kami kali ni ke 4 Island! Setelah survey di beberapa tempat kami memilih Barracuda Tours (Agensi yang sama kami ikot pada trip awal tahun) yang mengenakan bayaran 400bhatt seorang dengan menaiki Long Tail Boat. Kami di jemput jam 9.00am (10.00am waktu malaysia) di Resort untuk di bawa ke tempat berkumpul dengan pelancong pelancong lain. Terkejut juga sebab long tail boat yang kami naik ni besar dan mempunyai 2 tinggkat! Kalau besar macam ni memang lambat la bergerak berbanding dengan long tail boat yang selalu kami tengok. Serius memang lambat bot ni tak sampai 30km/j rasanya hehehe… layan saja lah. Bagi pelancong eropah, mereka memang suka la macam ni.

Long Tail Boat

Long Tail Boat

 

bersambung…..🙂

2 thoughts on “Roadtrip: Emerald Pool – Floating Market

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s