Roadtrip Awal Tahun 2013: Alor Setar – Krabi (Timur-Barat)

Ao Nang Beach, KRABI

Assalamualaikum, maaf lambat update. Trip kali ni sebenarnya kami pegi pada 12 – 15 februari 2013 yang lalu. Tak sempat nak update dan tengok2 gambaQ untuk update. Trip kali ni kami pergi bertiga bersama adik ipar #syafiz_sulaiman. Trip mengejut yang di buat saat2 akhir. Setelah bosan menjelang hari minggu, tiba-tiba terasa nak ke Krabi sambil membawa adik ipar sebagai reward kepada dia yang banyak membantu semasa musim kenduri kahwin sebelum tu.

Trip budget
Tetapi trip kali ni ada kelainan sedikit. Tiada masa yang khusus untuk kami balik, maknakata habis duit ja kami akan balik. Bermodalkan hanya RM600 sahaja. Semua perancangan kesana dibuat semasa didalam kereta. Pergi ikut highway Rattaphum (timur), balik ikot jalan kampung belah pantai barat. Total jarak perjalanan 1088km. Kami masuk melalui sempadan Padang Besar pada jam 6 petang disebabkan ada sahabat yang bagi info menyatakan yang sempadan Bukit Kayu Hitam mengalami jem yang panjang, jadi kami masuk melalui Padang Besar yang teryanta tak jem langsung! Melalui Padang Besar, kami membuat pintasan melalui Sadao, mengunakan road 4 sehingga ke Hat Yai, kami masuk ke Hat Yai kerana mahu melihat suasana malam di sana. Ternyata satu kesilapan besar kerana kawasan pekan Hat Yai jem pada waktu malam. Kami terperangkap kira2 sejam sebelum berjaya keluar dan terus ke daerah Phatthalung. Dari Phatthalung kami mengunakan Phetkasem Road ke daerah Trang. Untuk ke daerah Trang ni, kami melalui satu bukit yang tengah melalui proses penglebaran jalan, jadi di kawasan ini agak gelap pada waktu malam, jadi kena berhati hati memandu di kawasan ini. Dari Trang kami meneruskan perjalanan ke Wang Wiset melalui jalan kampung mengunakan laluan 4158 dan 1016 mengikut google map.

Suwanna Hotel, KRABI TOWN
Suwanna Hotel, Krabi Town
Ao Nang Beach masa air pasang
Ao Nang Beach masa air pasang

Perjalanan ke Ko Lanta
Dalam suasana perjalan yang penuh dengan kegelapan kami membuat keputusan untuk bermalam di Ko Lanta. jadi melalui jalan yang sama ke Krabi kami terus ke Ko Lanta dari Wang Wiset. Kami tiba di Jeti Ko Lanta pada jam 1 pagi. Ingatkan di jeti tu ada motel atau chalet yang boleh kami bermalam pada malam tu, malangnya perkampungan kecik tu memang sudah ‘tidur’, sunyi sepi! maka kami membuat keputusan untuk berpatah balik dan terus ke Krabi. Kami tiba di Krabi Town tepat jam 2 setelah berpusing2 di Krabi Town mencari motel/hotel yang paling murah! Kami berjumpa Suwanna Hotel yang mengenakan bayaran 700bhat (rm70). Tapi yang bestnya kami try mintak diskaun, dan tanpa banyak soal dia memberi kami harga 600bhat rm60 semalam. Hotel yang selasa, luas dan ada wifi yang agak laju (9 mbps!).

Hari kedua, kami besarapan di perkampungan Muslim di Ao Nang berhampiran Khlong Haeng Mosque. Kawasan ni majoriti masyarakat Islam meraka boleh berbahasa Melayu. Selesai bersarapan kami berjalan-jalan sekitar Ao Nang Beach untuk mencari chalet2 murah berdekatan pantai, malangnya semua chalet2 disana telah penuh. Maka kami kembali ke Krabi Town dan menambah lagi sehari tempat bermalam di Suwanna hotel. Kadar bayaran masih sama rm60!😛

Sunset di Ao Nang Beach
Sunset di Ao Nang Beach
Berkelah di Pantai Ao Nang
Berkelah di Pantai Ao Nang
Ao Nang Beach, KRABI
Tengah hari di Pantai Ao Nang
Rawai Beach
Rawai Beach, dalam daerah La-Ngu pantai barat Thailand.

Aktiviti di Krabi
Memandangkan trip kali ni trip budget, jadi aktiviti kami hanyalah sekitar pantai Ao Nang dan Krabi town sahaja. Menikmati suasana Pasar Malam di sana, Sunset, Berkelah dan window shopping. Tiada peruntukan untuk ke pulau-pulau di Phi-Phi’s Island. Setelah 2 hari berada di Krabi dan sumber kewangan makin merosot, kami mengambil keputusan untuk balik setelah 2 hari berada di Krabi. Namun kami bercadang untuk singah di mana-mana tempat yang menarik sebelum balik ke Malaysia.

Sunset Rawai Beach.
Sunset Rawai Beach.
Kubur dan Kawasan Peringatan Tsunami di Pakmeng Beach
Kawasan Peringatan Tsunami di Pakmeng Beach

Perjalanan pulang melalui pantai barat Thailand
Kami mengambil keputusan untuk balik melalui pantai barat Thailand memandangkan di dalam peta banyak menunjukan tempat2 menarik di sebelah sana. Jadi selepas check out di Suwanna Hotel kami terus balik melalui daerah Sikao, Kantang, Palian dan Thung-Wa (Sempadan Trang-Satun). Memang best memandu di sini, jalan yang kami lalui amat selesa dan luas (walaupun jalan kampung). Di Sikao kami singgah di Rajamanggala Beach dan Pakmeng Beach tempat yang teruk di landa Tsunami pada 26 Disember 2004. Terdapat kubur-kubur dan satu kawasan peringatan di Pak Meng Beach. Selepas sejam berehat dan jalan-jalan di Pak Meng Beach kami bergerak ke destinasi seterusnya Rawai Beach, sempadan daerah Thung-Wa/La-Ngu. Indah kabar dari rupa. Kami bercadang untuk bermalam di sana memandangkan jam sudah pukul 7.00pm. Jadi kami mengambil keputusan untuk ke Rawai Beach. Ingatkan ada chalet ataupon motel, rupanya pantai kosong… jadi kami mengambil keputusan untuk bergambar sahaja di situ. Keluar dari Rawai Beach kami mencari destinasi seterusnya. Target kami pantai!! malangnya tak juga jumpa pantai atau pekan-pekan yang menarik untuk kami bermalam. Terus memandu dalam keadaan letih dan lapar sebab sepanjang perjalanan kami hanya memakan roti  sahaja sambil berharap berjumpa tempat menarik untuk bermalam. Akhirnya kami membuat keputusan untuk bermalam di Satun. Puas juga mencari motel yang murah2, jam 11.00pm baru jumpa motel budget yang agak menarik di tengah-tengah pekan Satun. Harganya agak menarik rm30 semalam.

Motel di Satun
Motel di Satun

Pulang dengan gumbira
Setelah tidur semalam di Satun, esoknya kami pulang ke Malaysia melalui Wang Kelian. Perjalanan dari pekan Satun ke Wang Kelian hanya mengambil masa 40 minit. Dengan wang yang masih berbaki beberapa 450 bhatt kami singgah di warung tepi jalan untuk menjamu selera sebelum pulang. Baki wang 200bhatt untuk kami guna next trip kami pada 6 Jun 2013 nanti. Misi seterusnya Emerald Pool & Phang-nga!

Seperti biasa kepada sesiapa yang ingin membuat road trip saya ingin kongsikan beberapa dokumen yang patut anda sediakan:

Tips lain ada di post Roadtrip Ke Krabi / Ao Nang, Thailand Part I

2 thoughts on “Roadtrip Awal Tahun 2013: Alor Setar – Krabi (Timur-Barat)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s