Another Penang Roadtrip

Sekali lagi? ya…. sekali lagi roadtrip ke Penang🙂. Sebab utama roadtrip kali ini ialah untuk menghilangkan stress di awal tahun setelah ‘setel’ beberapa tugasan. Namun agak ralat sebab terpaksa ‘bercuti’ dari mengambil gambar perlawanan bola sepak Liga Perdana antara Kedah FA melawan Johor FA. Namun walaupun dalam mood bercuti, saya tetap mengikuti perkembangan dari masa ke semasa melalui facebook hijaukuning.com kerana mereka membuat liputan pantas dan terkini. Terasa seperti berada di Stadium Darul Aman :p

gs1
Gertak Sanggul, Penang

Kembali kepada cerita road trip, saya bersama wife bertolak pada 17hb agak lewat, pada pukul 9 malam… singah makan char kotiew (telur dibasuh) sungai dua dahulu sebelum terus ke lokasi penginapan di Chalet Seri Idaman, di Teluk Tempoyak, Batu Maung PENANG. Tujuan saya memilih chalet ini kerana tempat dia yang bebas dari kebisingan dan kesibukan luar…. terasa macam di Mabul sebab chalet ni di atas air! buka pintu terus boleh memancing, tapi macam tak sesuai untuk berenang. Permandangan memang cantek dan nyaman…..berhadapan dengan jambatan kedua Pulau Pinang. Di sini saya kongsikan sikit kos bilik dan gambar-gambar sepanjang road trip kami.

Bilik Standard RM85 (beranda kongsi)
-aircond
-kipas

Bilik Delux RM155 (ada balkoni)
-aircond
-kipas
-peti ais
-water heater
-air panas

Tel: 04-6265871 / 013.4281712

Kalau anda ingin ke chalet ini pastikan anda membeli ‘keperluan’ makanan ringan, minuman, rokok siap2 di luar kerana di sini tiada kedai runcit. Kalau nak ke kedai anda mesti keluar lebih kurang 3km dari tempat ini. Di seblah chalet ini ada restoran makanan laut yang beroperasi mulai 11 tengahari hingga 1 pagi. Kalau anda ingin memancing anda perlu membawa umpan dan kelengkapan memancing sendiri. Umpan yang ‘mujarab’ disini ialah udang hidup, ikan belanak dan umpun umpun. Spisis ikan pemangsa seperti Jenahak, Siakap dan Kerapu banyak disini disebab kan di hadapan Chalet ini ada kelong penternakan ikan. Selain itu, ikan2 yang mudah di pancing disini seperti gelama, kekacang, dan sembilang juga terdapat di sekitar chalet ini.

tt1
tt2
tt3
tt4
night

 

Seperti biasa, kepada sesiapa yang inginkan gambar dari blog ini anda boleh terus ambik dari sini. CREDIT harus diberikan kepada pemilik gambar/blog dan TIDAK DIBENARKAN MEMBUANG WATERMARK. Gambar-gambar yang diberikan tidak dibenarkan untuk kegunaan komersial atau yang berunsur keuntungan sebelah pihak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s