Roadtrip Ke Krabi / Ao Nang, Thailand Part II

Sambungan dari cerita “Roadtrip Ke Krabi / Ao Nang, Thailand Part I”…..
PSP_2048

Hari ke-2 roadtrip kami bermula di 7E di dalam wilayah Khlong Phon lebih kurang 58.8km untuk sampai ke Krabi Town. Kami bangun tidur seawal 6.00AM (waktu malaysia) membersihkan diri di tandas luar 7E, lapik perut dengan bekalan roti yang di bawa dari Malaysia dan terus menuju Krabi Town. Suasana jalanraya diwaktu pagi memang tenang dan lenggang, berbeza dengan keadaan sibuk dan sesak di Malaysia. Drive waktu siang memang best sebab kami boleh melihat suasana diluar. Kami melalui beberapa tempat seperti Krabi Internasional Airport yang lebih kurang dengan Airport di Kedah (Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim), Factory Outlet dan beberapa buah pasaraya Tesco (agak banyak tesco di Thailand ni).

Setibanya di Krabi Town, kami menuju ke Kong Ka Peir iaitu Jeti pelancong yang membawa pelancong ke Pulau2 di sekitar Krabi. Sempat juga bergambar di sekitar kawasan tebing muara yang mempunyai permandangan yang cantik dan bersih kami terus ke restoran makan berhadapan dengan jeti tersebut. Restoran yang selesa dan mempunayi kemudahan wifi yang laju semestinya menjadi pilihan kami di sana. Restoran ini juga menyediakan kemudahan ‘guesthouse’ dengan kadar RM40 semalam. Agak rancak bersembang dengan tuan restoran ni yang bersama Hachim umpama itik bercakap dengan ayam. Kami memutuskan untuk tinggal di pantai Ao nang di sebabkan suasana disana lebih meriah berbanding Krabi town. Segala urusan tempahan bilik dan bot ke pulau ditempah di restoran ini.

PSP_1837
Suasana di dalam Restoran Krabi Nature View
PSP_1845Di sini juga terdapat tempat untuk pelancong mendapat infomasi

PSP_1852
PSP_1895
Cashew Nut Bungalow.

3 thoughts on “Roadtrip Ke Krabi / Ao Nang, Thailand Part II

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s