Roadtrip Ke Krabi / Ao Nang, Thailand Part I

Musim cuti sekolah dah masuk minggu ke 3, minggu pertama kami ke Chalet Terapung Teluk Tempoyak, Penang,  Minggu ke 2 kami balik kampung di Ipoh dan minggu ni kami ke luar negara pula iaitu Krabi, Thailand. Percutian bersama rakan-rakan  ini memang di rancang seawal bulan lagi, namun setelah seorang demi seorang rakan menarik diri kami mengambil keputusan untuk tetap meneruskan Roadtrip ini. Pelbagai masalah sepanjang seminggu sebelum perjalanan kami. Renew passpord, mencari geran asal kereta dan selok belok jalan di sana. Akhirnya kami berjaya juga memandu melepasi sempadan Malaysia-Thailand. Oh ya, dua tiga hari sebelum bertolak saya ada sediakan “Travel Check List” untuk memudahkan kami menyediakan barang-barang yang perlu di bawa. Kalau tertinggal memang susah la jawabnya. Korang boleh download dan guna untuk korang punya roadtrip.

Sebelum memulakan perjalanan ke sana, saya ada membuat sedikit homework tentang keadaan mukabumi disana, currency, cuaca, bahasa, check point dan laluan pintas kerana sebolehnya kami tidak mahu memasuki bandar-bandar di Thailand yang memang terkenal dengan kesesakanya. Melalui cadangan yang diberikan melalui rujukan google.maps, kami bejaya mengelak dari memasuki bandar seperti Hat Yai, Phattalong dan Trang.

Tempat yang mula sekali kami singah sebaik tiba di Krabi Town
Kat sini ada bilik untuk disewa harganya bermula dari rm40

Mula-mula sekali sebelum memandu ke sana anda harus tahu konsep/undang-undang  jalan raya di sana. Dan semestinya ia tak sama dengan di Malaysia contohnya:

  • Anda boleh memotong di sebelah kiri jalan
  • Kenderaan laju tak semestinya berada di kanan jalan
  • Jika mengekori kenderaan di depan dan kenderaan yang diekori kita ini x isyarat lampu ‘signal’ sekali sama ada di kiri atau di sebelah kanan, maksudnya “Tidak dibenarkan memotong kerana ada kenderaan dihadapan” agak berguna isyarat ini sebab memang berjaya mengelak perlanggaran (berhadapan) apabila sesebuah kenderaan yang ingin memotong tidak berjaya melakukan
  • Sebelum selekoh tajam akan ada garisan-garisan putih sebagai tanda
  • Kena berhati hati dengan papan tanda “City Speed Limit”
  • Minyak teramat lah mahal! rm50 baru naik 2 bar untuk kereta Myvi

Sebelum menuju ke sempadan kami terlebih dahulu membuat insuran kenderaan di gerai tepi jalan sebelum memasukan check point kastam. Kami juga membuat pertukaran wang RM ke Bhatt siap-siap untuk memudahkan urusan kami sebaik kami melepasi sempadan. Kami bertolak agak lewat dari Dannok, lebih kurang pukul 6.00pm (waktu malaysia) menempuh perjalanan sejauh 367km yang dijangka memakan masa 5jam 29minit mengikut masa anggaran yang dibuat oleh pakcik google. Setelah lebih sejam setengah perjalanan kami singah di stesen minyak di daerah Rattaphum. Stesen minyak kat sini cukup selesa dengan segala kemudahan kecuali surau. Di sini terdapat 7E, Amazon Cafe dan tandas yang selesa termasuk juga wifi percuma. Oh ya, di Thailand boleh dikatakan disemua tempat dapat coverage wifi. Ada yang percuma dan ada yang perlu di bayar. Setelah hampir sejam asyik berwifi percuma, kami meneruskan sesi memandu malam menuju ke Krabi Town.

Jalan raya di sini agak selesa. Kami memandu berpandukan kepada maps yang kami ada. Selepas melepasi bandar Trang, kami ‘tersesat’ jalan melalui jalan kampung, tetapi mengikut map dari google menyatakan jalan yang kami lalu itu betul. Jam menunjukan jam 10, keadaan sunyi sepi walaupon jalan kampung yang kami lalu ini kiri kananya rumah sambil dikelilingi pokok getah. Hampir 3km kami memasuki jalan tanah merah pula, hati agak berdebar. Masing-masing terdiam sehingga la kami ternampak simpang tiga dan rumah rumah dihadapan. Rupanya kami tersilap lorong. Sepatutnya kami melalui lebuhraya, ‘jalan kampung’ tu pula betul2 disebelah lebuhraya. Lega rasanya. Sepanjang perjalanan dari Trang ke Krabi agak lengang dan gelap disesetengah tempat. Tapi Alhamdulillah, tiada perkara yang tak diingini. Sampai di Wang Wiset mata sudah mengantuk, jam menunjukan pukul 12, rasa nak terkucil pun ada. Bila ditanya pada wife, beliau cadangkan supaya mencari stesen minyak untuk berehat dan ‘membuang’ apa yang patut dibuang. Malangnya kebanyakan stesen minyak di kawasan kampung sudah tutup. Tiba tiba kami ternampak Hospital Khao Wiset, tanpa berlengah kami terus berhenti dan meminta untuk ke tandas dan mencuci muka. Agak susah berkomunikasi disini, nasib wife ada belajar sikit-sikit bahasa Thai sebelum kami datang sini tempoh hari. Meneruskan perjalan selepas itu, tetapi tak bertahan lama, mata masih mengantuk tiba-tiba kami ternampak stesen minyak yang mempunyai 7E dan Amazon Cafe. Apa lagi, pusing balik dan kami terus singah di situ. Stensen minyak dan Amazon cafe sudah tutup, tapi 7E masih buka. Keadaan sekeliling yang nampak selamat membuatkan kami mengambil keputusan untuk bermalam didalam kereta untuk trip hari pertama.

Permandangan Senja Ao Nang (Cuaca tak best untuk sunset)

Pantai Ao Nang, KRABI

CHALET
Cashew Nut Bungalow
Mr. Yuttanah (Khao) Wajidee
Tel: 075-637560 / 081-0818095
Email: cashewnut_bk@hotmail.com
Rates: RM50 (Kipas) RM80 (Aircond)

TRIP TO PHI PHI ISLAND
Barracudas Tour
Rates: RM100 – RM130

Road Trips Cost:
Minyak RM90 + RM100 (isi di Thailand)
Insuran RM16
Chalet RM100 (2 malam)
Makan/Minum RM250 (3 hari)
Trip Phi Phi Island RM100 seorang

Tips jika memandu sendiri:

  • Pastikan anda membawa salinan geran kenderaan
  • Insuran (RM16) boleh buat di gerai-gerai tepi jalan sebelum sampai sempadan BKH
  • Bagi yang memandu kenderaan orang lain, pastikan anda membawa surat kebenaran pemilik. Anda boleh download contoh surat disini “Surat Kebenaran Pemilik
  • Road Maps yang di print di google. download disini “Maps Alor setar – Krabi Town
  • GPS Navigator (Guna yang smartphone pun dah cukup)
  • Isi minyak penuh siap-siap di Bukit Kayu Hitam sebab minyak di sana sekali ganda mahal


Permandangan di Bamboo Island

Semasa kami di Bamboo Island kami sempat melihat pasangan yang sedang membuat sessi “outdoor” untuk wedding mereka

Speedboat 225hp x2 yang memacu kami ke Phi Phi Island

Speedboat dari Barracudas Tour yang membawa kami ke sana


Phi Phi Lagoon


Permandangan di Maya Bay. Agak padat dengan pelancong di sini.





16 thoughts on “Roadtrip Ke Krabi / Ao Nang, Thailand Part I

  1. great publish, very informative. I ponder why the
    opposite specialists of this sector don’t notice this. You should proceed your writing. I’m confident, you’ve a huge readers’ base already!

    1. Kami dari alor setar budget dlm 800 2 orang utk 5 hari. Awal tahun bawak 600 ja boleh dok sana 4 hari 3 kepala… Siap balik ikot pantau barat singah satun semalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s