Archive Page 2

14
Jul
09

Masalah: Salah Siapa?

Waduh waduh….patut la bisnes aku slow sket seminggu dua ni hahahahahah, rupa rupanya website Weddings Photographer (http://www.picturesyndicate.net) aku down (aku ingat masalah ni sekejap je) disebabkan syarikat yang membekalkan hosting dan domain aku membuat kesilapan (yang aku paham data2 client semua hilang). Semestinya ini bukan salah aku! Kepada sesapa yang selalu masuk web aku tu boleh la guna blog wordpress aku (http://www.picturesyndicate.wordpress.com) untuk sementara waktu sementara web aku kembali sihat seperti sedia kala.

p/s: email pon bertukar untuk sementara ke picturesyndicate@yahoo.com

06
Jul
09

Journey to Borneo: Tawau Day iv

Tawau International Air Port

air asia

Boleh la…bertepatan dengan budget

murah tapi......parah

Tawau International Air Port

Bye Bye Tawau…jumpa lagi bulan september nanti! Time ni kapal terbang tengah bergerak laju nak terbang.

bandar seri begawan?

Trip kali ni boleh dikatakan agak berjaya walaupon tak sempat pegi ke Pulau Mata King (next time hoyeh). Di sini aku nak share sket budget traveling aku selama 4 hari 3 malam di Sabah,

Flight:
Alor Star – Kuala Lumpur = rm98.00
Kuala Lumpur – Alor Star = rm162.00
Kuala Lumpur – Tawau = rm375.00
Tawau – Kuala Lumpur = rm435.00
Mahal? ye la booking 3 hari sebelum naik :P

Resort/Hotel:
Tampi-Tampi Resort = rm88.00 (8.5/10)
Dragon Inn Resort = Rm77.00 (9/10)
Kingston Hotel = rm99.00 (9/10)

Makan:
Restoran Sri Keningau(tawau): Mee Bandung Special rm6.00 (9.5/10)
Restoran Sebelah Sea Fest hotel: Sup Ketam rm8.00 3px (9/10)
Restoran Tampi-Tampi: Ketam 100gm =rm4.00 | Kerapu, Siakap, Jenahar 100gm = rm7.00 | Lobster = rm190.00 (9/10)

04
Jul
09

Journey to Borneo: Semporna Day III

Dragon Inn Resort

Resort yang cukup memuaskan hati aku. Harga pon murah. bermula dari rm66 sampai rm400. aku amek bilik standert room rm77. Kalo yang rm66 punya tadak astro. Suasana sini pon best. air jernih tahap nampak nemo dok main kejar-kejar.

Model Floating

Teacher Syadida si tour guide

03
Jul
09

Journey to Borneo: Semporna Day 1 & II

perkampungan nelayan semporna 1

Perkampungan Nelayan Kampung Tampi-Tampi

Alhamdulillah, selamat jugak aku sampai kat Semporna ni. Tempatnya cantek, orangnya anguk2 geleng2. Nak kata bisu, tak…tapi jenis cakap guna kepala dan kening. Nak cakap Ya atau Tak cukup susah. Banyak menda jugak aku belajar kat sini. Cara nak drive dengan samseng ngan nak order air Teh “nai” (susu) hahahah…

Aku tinggal di 2 resort berlainan, 1st day aku tinggal di Resort Tampi-Tampi sebelah sekolah tunang aku. Day 2 aku ubah ke Dragon Inn dekat Tun Sakaran Marine Park. Dua2 tempat best. Air jernih sampai boleh nampak ikan menari nari hahaha…

Dragon Inn

Ni lah Dragon Inn. Resort atas air. Selesa, harga pon murah RM77. Siap ada astro lagi.

Nasroy & Faizal masri

Ni anak-anak angkat aku dengan tunang aku. dari kiri: Nashroy, Faizal & Masri adik si Nasroy.

Tengok nasib depa ni membuatkan aku rasa bersyukur sangat. Nashroy dan Masri tiap2 hari makan ubi kayu, yang si Faizal plak makan nasi dengan kicap! Datang sekolah sekupang pon tak bawa. Umah Nashroy ngan si masri hampir 10km dari skolah. Datang jalan kaki!! hari tu aku dengan tunang hantar sampai ke rumah sebab dah lewat itu pon sampai dekat jambatan saja. jambatan rare!!! yang lagi rare, datang tak bawak duet lansung ke sekolah. Pagi2 pukul 5 pagi dua beradik ni dah start jalan kaki ke sekolah, yang abang sekolah pagi, yang adik sekolah petang. So, dua dua beradik tu saling tunggu menunggu la. Kesian betol aku tengok, terus amek jadi anak angkat sebab aku rasa bersyukur aku pegi sekolah arwah abah aku hantar sampai ke sekolah menangah.

rokok rare!

Rokok yang mendapat permintaan ramai! (maof tempahan terhad!)

Jeti Resort Tampi-Tampi

Jeti resort ke restoran tempat aku tinggal. Sotong celup tepung dia sedap.

Tampi-Tampi Resort

Aku snap dari atas jeti ke restoran. Tempat pegambaran filem “Duyung”

Umah Aku Tinggal

Tempat tinggal aku di Resort Tampi-Tampi. Nama “Tiger 1″ RM88 semalam. Lokasi betol-betol sebelah sekolah tunang aku mengajar.

DSC_1715 900px

Rumah sangkar ikan. geram tengok air yang jernih! Patrik banyak.

DSC_1742

Pintu ke Resort.

DSC_1675

Kanak-kanal tempatan. terer selam woo…

DSC_1678

DSC_1958

Kiri ke sekolah tunang aku, terus ke umah tunang aku.

Peliknya Semporna ni, kita jarang2 jumpa trafic light. boleh bilang dengan jari. yang lain semuanya “bulatan”.

30
Jun
09

MSL: Kedah vs UPB Myteam

Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada sifoo aku jeebsion yang bagi peluang kat aku untuk ikot dia shot game ni. Thanks! :) Sebenaqnya susah nak shot gambaq sport terutamanya bola sepak ni. 10mins pertama aku banyak dok main2 setting dan hasil tunjuk ajar dan teguran jeebsion aku dah dpt setting yang sedap diguna huhuhuhu. Banyak lagi yang aku kena belajaq. 90mins tak cukup! aku hanya puas hati (sket ja) gambaq aku pada separuh masa kedua, sbb aku dah paham pegerakan bola dan aku dah mula pantas memulas zoom :P . so, ni lah hasil pertama aku. Harap ada hasil kedua, ketiga dan seterusnya hahahah….

PIC_1460

gambar-gambar selanjutnya sila masuk http://www.jeebsion.com

29
Jun
09

Journey To Borneo: Pulau Mataking

Pulau Mataking Tucked away in the south-eastern corner of Sabah, Malaysian Borneo in the Celebes Sea, Pulau Mataking consists of two islands, Mataking Kecil and Mataking Besar. Pulau Mataking is a fairly new destination for divers who are drawn by the largely unexplored dive sites. The Alice Channel, a 100-150m fracture in the continental shelf connects Pulau Mataking to the enormous ocean depths of nearby Pulau Sipadan, guarantees the diver a rich variety of marine life offering both macro and pelagic diving. There are 30 marked dive sites around Pulau Mataking and its surrounding islands of Pulau Pandanan, Pulau Timba Timba and the Tun Sakaran Marine Park Islands of Bohey Dulang and Gaya. Lying on the continental shelf Mataking, is surrounded by fringing reefs carpeted by an array of hard and soft corals, gorgonians, sea fans, acroporus, featherstars and boulders. Pulau Mataking has been declared a marine protected environment ensuring a pristine and bio-diverse diving experience. Turtles, barracudas, big-eye trevallies, a variety of juvenile reef fish, frogfish, clown triggerfish, lobsters, mandarin fish, and stonefish, populate the reefs slopes and seasonal whalesharks have been spotted close to the Mataking jetty. A 45min flight from Kota Kinabalu, the state capital of Sabah, takes you to Tawau, followed by an hour’s drive to the coastal fishing town of Semporna; Pulau Mataking is a 40min boat ride from there. The 40 acre Mataking Besar houses the eco-friendly Reef Dive Resort, made up of 8 chalets and 2 lodges it can accommodate up to 60 guests. Extensive activities are available to non-divers and children, making it a perfect destination for families. Whether it be ocean kayaking, island hopping, snorkelling trips, deep sea fishing, jungle trekking with an experienced guide, beach volleyball and soccer, sunning on the snow white sandy beach, seaweed and fish farm tours, traditional massage, kite flying and fish feeding, the Reef Dive Resort can provide for all ages. Enjoy the outdoor Mangrove Spa set amidst rustic pools and mangrove trees – yet another irresistable luxury here. Over 24 species of birds, tree climbing coconut crabs and fireflies populate the jungle of Mataking, Green and Hawksbill turtles occasionally come to shore in the night to lay their eggs. A meander along the 1km sandbar that connects Mataking Besar to Mataking Kecil, only visible at low tide, is something not to be neglected.

mataking

26
Jun
09

Tamron 28-75mm f2.8 & Tokina 12-24 f4

edit800

Gambar suasana belakang umah aku. aku snap guna camera d300 yang baru aku beli 3 hari lepas mengunakan lens tokina 12-24mm f4. minor edit mengunakan cs3.

tokina 28-27-800

Gambar ni plak aku snap mengunakan lens tamron 28-75mm f2.8. aku mendapat bantuan sifu jeebsion yang aku import untuk test lens ni. sebelum ni aku penah gak test lens ni dari kawan2 aku. sebenarnya aku dok mengidam lens 24-70mm untuk memantapkan lagi set aku bagi bekerja, tapi apakan daya huhuhuhuhu…..

p/s: tak sabaq nak snap gambar tunang. pulau mataking?

16
Jun
09

Strobist Meet!

DSC_5603

DSC_5382

DSC_5666

DSC_5640

Gambar aku bersama tunang di Ipoh.

14
Jun
09

Photoskool.net TT Alor Star

1- 1200

Gamaq ni aku shot dekat stesen ketapi mengunakan 2 speedlight. dari belakang 45deg mengunankan sb600 dengan kekuatan 1/8 manakala sebijik lagi sunpack pz42 dari depan subjek dengan kekuatan 1/4 (rasanya). Gamaq tak xtak di edit lagi fresh dari sd card.

2- 1200

Gamaq ni aku tadak info sebab pa’it yang amek. tak ingat seting apa dan malas nak godek2 exif. terus upload dari sd card jugak. cuma tambah watermark ja.

3- 1200

DSC_5790

Gamaq ni aku suka, gamaq ni aku snap mengunankan peralatan abg najib (www.jeebsion.com) 2 biji flash sb800 & sb900 dikiri dan kanan model, ditambah dengan pancaran Beauty dish dari atas model(pa’it). Gamaq ni jugak aku tak edit lagi. Drag watermark masuk ja… p/s: credit to jeebsion

20
May
09

CS3 Tutorial: Ray Of Light Effect

siap

Salam. Ari ni sampai la opis aku taktau nak buat apa. dari dok merayap2 kacau org buat keja, baik aku buat tutorial untuk kita sama2 belajaq. Tutorial kali ni berkenaan efek “ray of light” atau pancaran cahaya. Ray of light ni kita susah nak dapat, di keadaan keadaan tertentu saja Ray Of Light ni muncul. Contohnya mcm dalam umah usang yang atapnya bocor, dalam hutan rimba dan beberapa situasi lain. Asap atau habuk juga memainkan peranan untuk terciptanya Ray Of Light ni. Tutorial kali ni aku tunjukkan cara cara mudah nak hasilkan efek Ray Of Light ni melalui photoshop cs3.

Mula-mula skali, mcm biasa la kita open file yang kita nak edit. Then ‘duplicate‘ image dengan mengunakan shor cut key Crtl J.

Lepas tu Ctrl L untuk adjustment level. Set kan 76 > 1.00 > 183

level

Langkah seterusnya, masukan efek radial blur. Filter > Blur > Radial Blur (Amount: 100, Method: Zoom, Quality: Best)

radial blur

Langkah seterusnya tukarkan blend mode layer  kepada Screen.

screen

Lepas tu Ctrl L (adjustment level) skali lagi dan setkan opacity 70-80% dan siap!

siap1